Wednesday 3 August 2011

Selepas hampir 2 tahun tak mengarang.....



Assalamualaikum, hmmm....akhirnya, setelah hampir 2 tahun cuti, baru la sempat balik nak mengarang kat blog ni, hmm..


banyak yg nak di'story'kan kat readers sumer especially pasal kehidupan aku kat bumi Allah yg bername Glasgow nih yg dah 3 tahun, camane aku hidup kat sini, belajo, kerja jadi kuli angkat barang n 'floor engineer', macamane badan aku yg montel boleh kurus, then montel balik (owyeeaahhh)...mak aih...kejap je rase, (anak aku yg bru lahir kat sini thn lepas pon dah berlari dah)..InsyaAllah nanti akan ku post kan citer2 tersebut..and thank for 'jenguk'ing my blog!!!!!

Thursday 19 February 2009

Kenali Palestin.

Februari 19, 2009

Penulis asal adalah Prof. Madya Dr. Mohsen Mohammad Saleh dan telah diterjemahkan oleh Dr. Hanafi Hj Dollah. Satu bahan yang mesti baca!

1. Di manakah Palestin?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

2. Apakah istimewanya Palestin kepada umat Islam?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

  • Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
  • Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
  • Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.
  • Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
  • Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.
  • Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

3. Apakah keistimewaannya kepada agama lain ?

Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi.Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.

Manakala, bagi penganut agama kristian pula, mereka menganggapnya sebagai tempat bermulanya agama mereka. Di situlah Nabi Isa dilahirkan dan berdakwah. Markaz-markaz keagamaan mereka yang berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth. Di sana jugalah terdapat Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa A.S.

4. Siapakah penduduk Palestin ?

Bangsa berketurunan al-Kan?aniyyah merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka datang daripada Semenanjung Tanah Arab sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, tempat ini dikenali sebagai Bumi Kan’an. Rakyat Palestin sekarang ini berasal dari keturunan Kan’an, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin.

Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman. Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana.

Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka.

Wednesday 18 February 2009

Renungan - 4 golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke Neraka...

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....
tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya yang bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiam diri......
walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....
jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,
maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ......
nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ...
maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jadilah wanita yang akan membawa dan menemani lelaki di syurga.
jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Wallahualam



Tuesday 17 February 2009

12 minggu yang menyakitkan,huhu......

hai, disebabkan masalah kesihatan yang aku alami, aku kene la bnyk eksesais, disamping berat bdn aku yang makinnaik nih...aku mula dftar jd ahli kat LA fitness gym, and alang2 tu aku daftar la 12 week fitness program kat LA fitness gymnasium tu...saje gatal2 nak try...program pon free.hari ni dah hari kedua aku jalani program ni...mak aih, baru dua hari program aku rase cam nak pengsan dah.tapi aku kene trus kan usaha, mane ar tau silap2 leh dpt six packs ke,wakaka!hopefully la......

Saturday 7 February 2009

Kene darah tinggi la pulok...

ni sumer jadi time aku mule2 nak gi gym..pas register tu, trainer dia wat assesment pasal body aku, including weight, height, health, and blood pressure check..aku ingat blood pressure aku ok jek..bile check2 je die kate aku pny blood pressure truk, tak seswai dgn umur, lbh2 lagi ade medical history dlm family aku yang ade that so called 'package ilness' ?(kencg manis, jntg, drh tggi)...so, aku tak leh la follow fitness program dgn trainer, huhu...

in a week, aku truskan jgk bersenam without trainer guide..just improve in cardiovascular exersice..weight exersice sket, alhamdulillah bile check balik ai tu dah kurg sket..aku jadi gini sbb kurg bersenam and bnyk mkn kambing kot,(sini lembu susah sket nak dpt). bdn pon dah jadi rgn sket..hopefully aku dpt recover dari penyakit nih...and next week mybe aku leh stat progrm tu...so..pengajarannye, jage la kesihatan anda, (pesanan kementerian kesihatan malaysia).haha!

Wednesday 4 February 2009

Kehebatan WANITA pada pandangan aku....

Wanita adalah salah satu ciptaan yang paling indah buat kaum lelaki...sifat yang secara fitrahnya sgt kontra dgn lelaki, ttp perbezaan tu la membuatkan lelaki n perempuan ni diciptakan sebagai pasangan. like a mgnet, kalu different side baru bleh dekat kan?..n wanita juga lah fitrahnye bersifat lemah lembut, eventho die sorg awke yang brutal, tapi lebih mudah dibentuk semula berbanding lelaki...tetapi, kaum lelaki jgn sesekali menyalahertikan term lemah lembut tu! physically, mgkn perempuan itu lemah,(to all women, no offence k)...tapi kite sbg lelaki ni kdg2 trlepas pndg...cube kite fikir sekejap..

Akal 1 dan nafsu 9, antara ayat yang kdg2 kaum prmpn rase tak best je dgr...tapi kan, terfikir tak sebenarnye dari sini boleh jelas kita nmpak kehebatan prmpn JIKA dia dpat mngawal nafsu, mknanye dia hny menggunakan akal yang satu tu untk control 9 nafsu..think about it..laki 9 akal beb, tapi most of the time nafsu yang satu ni gak menang....

Naluri perempuan ni jugak kuat sebenarnye, aku tak tau mcmane nak describe bnda ni..tapi naluri perempuan ni kuat lbh2 lagi bile digelar ibu atau isteri..for example, kdg2 kalu kite perasan, kalu jadi pape ke kat kite time kite takde bersame..mak kite mst akan rase tak sedap ht..n mgkn die akan call atau dia akan bgtau ape yg dia rasa..itu kelebihan sorang ibu..bgt jugak isteri, kalu ape2 jadi kat suaminye,mesti die antara yang rase lain macm dulu..kdg2 kalu aku tgah diskas dgn student sisters pun die leh call aku tny aku dgn sape,dah la selalunye time aku diskas lak tu,pdhal die tak tau pong,hehe,hebatkan..

Indahnye hidup seorang lelaki bile ditemani seorg wanita yang diciptakan untuknya, n wanita yang bergelar isteri ini juga lah yang akan menemani suaminye disyurga nanti, n wanita itu juga lah yang mengetuai bidadari yang menemani suami di syurga nanti, so guys, takkan tak teringin kot,huhu..same2 la kite muhasabah..

Taat dan setia adalah sifat wanita yang sgt hebat..tapi ketaatan dan kesetiaan tu harus ditempat yang betul..tak mustahil kalu aku ckp kalu clash, mostly yang plg sdh adalah prmpn..tu kalu unmarried couple la kan.and gitu jugak kalu dah kawen..isteri yang kematian suami bkn sng2 leh rase kawen lain..kerana dlm ingatan mereka hny ade sorg suami yg sukar dilupakn..compared to man...tak bnyk yang mcm ni..

Andai wanita itu tidak wujud, of course kite takde! Allah ade kuase nak cipta kite direct je..tapi, hukum alam, hbgn lelaki n wanita, yang menjadi perantara kpd kelahiran generasi2 baru..dan proses ini akan berterusan hgga akhir zaman..byg kan tibe2 kaum wanita dihilangkan daridunia, mau sangap jugak kite yang lelaki ni..ini cume sekadar pndgn, kalu ade salah n silap, sile betulkan ek..aku lbh suke berkongsi dgn kwn2 sume!hehe.

Saturday 31 January 2009

i have put on weight....again..

salam!

huhu,setelah pat bulan aku dok sini, aku mule sedor yang berat bdn aku dah naik gile! hampeh!ptt kah aku menyalahkan cuace sejuk yang memakse aku untuk kerap makan? aku pon tak tau...adakah kerana aku sedang bahagia?tidaaakkkk!haha.

hmm, takpe2..aku kene cari jalan nih!suar bnyk tak muat dah ni, huhu.....