Thursday, 19 February 2009

Kenali Palestin.

Februari 19, 2009

Penulis asal adalah Prof. Madya Dr. Mohsen Mohammad Saleh dan telah diterjemahkan oleh Dr. Hanafi Hj Dollah. Satu bahan yang mesti baca!

1. Di manakah Palestin?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

2. Apakah istimewanya Palestin kepada umat Islam?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

  • Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
  • Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
  • Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.
  • Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
  • Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.
  • Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

3. Apakah keistimewaannya kepada agama lain ?

Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi.Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.

Manakala, bagi penganut agama kristian pula, mereka menganggapnya sebagai tempat bermulanya agama mereka. Di situlah Nabi Isa dilahirkan dan berdakwah. Markaz-markaz keagamaan mereka yang berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth. Di sana jugalah terdapat Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa A.S.

4. Siapakah penduduk Palestin ?

Bangsa berketurunan al-Kan?aniyyah merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka datang daripada Semenanjung Tanah Arab sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, tempat ini dikenali sebagai Bumi Kan’an. Rakyat Palestin sekarang ini berasal dari keturunan Kan’an, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin.

Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman. Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana.

Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka.

Wednesday, 18 February 2009

Renungan - 4 golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke Neraka...

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....
tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya yang bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiam diri......
walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....
jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,
maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ......
nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ...
maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jadilah wanita yang akan membawa dan menemani lelaki di syurga.
jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Wallahualam



Tuesday, 17 February 2009

12 minggu yang menyakitkan,huhu......

hai, disebabkan masalah kesihatan yang aku alami, aku kene la bnyk eksesais, disamping berat bdn aku yang makinnaik nih...aku mula dftar jd ahli kat LA fitness gym, and alang2 tu aku daftar la 12 week fitness program kat LA fitness gymnasium tu...saje gatal2 nak try...program pon free.hari ni dah hari kedua aku jalani program ni...mak aih, baru dua hari program aku rase cam nak pengsan dah.tapi aku kene trus kan usaha, mane ar tau silap2 leh dpt six packs ke,wakaka!hopefully la......

Saturday, 7 February 2009

Kene darah tinggi la pulok...

ni sumer jadi time aku mule2 nak gi gym..pas register tu, trainer dia wat assesment pasal body aku, including weight, height, health, and blood pressure check..aku ingat blood pressure aku ok jek..bile check2 je die kate aku pny blood pressure truk, tak seswai dgn umur, lbh2 lagi ade medical history dlm family aku yang ade that so called 'package ilness' ?(kencg manis, jntg, drh tggi)...so, aku tak leh la follow fitness program dgn trainer, huhu...

in a week, aku truskan jgk bersenam without trainer guide..just improve in cardiovascular exersice..weight exersice sket, alhamdulillah bile check balik ai tu dah kurg sket..aku jadi gini sbb kurg bersenam and bnyk mkn kambing kot,(sini lembu susah sket nak dpt). bdn pon dah jadi rgn sket..hopefully aku dpt recover dari penyakit nih...and next week mybe aku leh stat progrm tu...so..pengajarannye, jage la kesihatan anda, (pesanan kementerian kesihatan malaysia).haha!

Wednesday, 4 February 2009

Kehebatan WANITA pada pandangan aku....

Wanita adalah salah satu ciptaan yang paling indah buat kaum lelaki...sifat yang secara fitrahnya sgt kontra dgn lelaki, ttp perbezaan tu la membuatkan lelaki n perempuan ni diciptakan sebagai pasangan. like a mgnet, kalu different side baru bleh dekat kan?..n wanita juga lah fitrahnye bersifat lemah lembut, eventho die sorg awke yang brutal, tapi lebih mudah dibentuk semula berbanding lelaki...tetapi, kaum lelaki jgn sesekali menyalahertikan term lemah lembut tu! physically, mgkn perempuan itu lemah,(to all women, no offence k)...tapi kite sbg lelaki ni kdg2 trlepas pndg...cube kite fikir sekejap..

Akal 1 dan nafsu 9, antara ayat yang kdg2 kaum prmpn rase tak best je dgr...tapi kan, terfikir tak sebenarnye dari sini boleh jelas kita nmpak kehebatan prmpn JIKA dia dpat mngawal nafsu, mknanye dia hny menggunakan akal yang satu tu untk control 9 nafsu..think about it..laki 9 akal beb, tapi most of the time nafsu yang satu ni gak menang....

Naluri perempuan ni jugak kuat sebenarnye, aku tak tau mcmane nak describe bnda ni..tapi naluri perempuan ni kuat lbh2 lagi bile digelar ibu atau isteri..for example, kdg2 kalu kite perasan, kalu jadi pape ke kat kite time kite takde bersame..mak kite mst akan rase tak sedap ht..n mgkn die akan call atau dia akan bgtau ape yg dia rasa..itu kelebihan sorang ibu..bgt jugak isteri, kalu ape2 jadi kat suaminye,mesti die antara yang rase lain macm dulu..kdg2 kalu aku tgah diskas dgn student sisters pun die leh call aku tny aku dgn sape,dah la selalunye time aku diskas lak tu,pdhal die tak tau pong,hehe,hebatkan..

Indahnye hidup seorang lelaki bile ditemani seorg wanita yang diciptakan untuknya, n wanita yang bergelar isteri ini juga lah yang akan menemani suaminye disyurga nanti, n wanita itu juga lah yang mengetuai bidadari yang menemani suami di syurga nanti, so guys, takkan tak teringin kot,huhu..same2 la kite muhasabah..

Taat dan setia adalah sifat wanita yang sgt hebat..tapi ketaatan dan kesetiaan tu harus ditempat yang betul..tak mustahil kalu aku ckp kalu clash, mostly yang plg sdh adalah prmpn..tu kalu unmarried couple la kan.and gitu jugak kalu dah kawen..isteri yang kematian suami bkn sng2 leh rase kawen lain..kerana dlm ingatan mereka hny ade sorg suami yg sukar dilupakn..compared to man...tak bnyk yang mcm ni..

Andai wanita itu tidak wujud, of course kite takde! Allah ade kuase nak cipta kite direct je..tapi, hukum alam, hbgn lelaki n wanita, yang menjadi perantara kpd kelahiran generasi2 baru..dan proses ini akan berterusan hgga akhir zaman..byg kan tibe2 kaum wanita dihilangkan daridunia, mau sangap jugak kite yang lelaki ni..ini cume sekadar pndgn, kalu ade salah n silap, sile betulkan ek..aku lbh suke berkongsi dgn kwn2 sume!hehe.

Saturday, 31 January 2009

i have put on weight....again..

salam!

huhu,setelah pat bulan aku dok sini, aku mule sedor yang berat bdn aku dah naik gile! hampeh!ptt kah aku menyalahkan cuace sejuk yang memakse aku untuk kerap makan? aku pon tak tau...adakah kerana aku sedang bahagia?tidaaakkkk!haha.

hmm, takpe2..aku kene cari jalan nih!suar bnyk tak muat dah ni, huhu.....

Wednesday, 28 January 2009

Trip to Loch Ness and Urquhart Castle

Bismillah,

Seperti yang dijanjikan, i am gonna share wif all of you bout our trip to Loch Ness..hehe..mase kecik2 dulu, aku memang nak sgt dtg sini. tapi masa kecik2 dulu dok bayangkan 'wah, nak tgk dinosor Nessie!',haha! Dulu aku sgt obses about dinosour, and kalu korang masih ingat, time kecik2 dulu kan ade movie doremon, nobita dan dinosour. katun tu mmg based from diz story la..hehe.tapi tak sangka pulak bila dah besar, aku dapat peluang sampai ke tasik Ness ni..

In scotland, Loch means tasik/lake..loch Ness tu kire tasik ness la..Kat Scotland memang bnyk Loch, n Loch Ness is the most famous loch. This is because of the story of the legendary Nessie. Kirenye kalu gi inverness, tak sah ar kalu tak gi Loch Ness ni. Korang tau ke Nessie tu ape? huhu..Ni ade gambor die, sempat lagi amek.(tapi replika je la)

Kitorang bertolak ke Loch Ness dgn coach. kitorg gi pakej, siap dgn tourist guide. Pagi2 trus pegi, Alhamdulillah cuaca cantik time tu.

Sampai je kat sana, cruise dah tgu, and kitorang pun naik bot tu menyusuri Loch Ness..Tasik kat situ sgt besar n permandangan kat area tu sgt cantek...Air die pun bersih je..sebab tu Nessie tu boleh hidup situ kot, takde pencemaran!haha.

Aku teringat cite water horse, legend of the deep..citer die okay je la, tak la best sgt..tapi bayangkan, hanya kerana gambar yang tak diyakini kesahihannye, tempat ni jadi antara tempat tarikan pelancong kat sini..hmmm..then, kitorg trus menuju ke Urquhart castle..it took about 30 mins until we arrive at Urquhart Castle.

Urquhart Castle is one of the historical castle at Scotland. banyak sejarah ttg castle ni..Castle ni banyak kali di serang and bertukar tangan..time tu, King Edward( kot), gi serang urquhart castle dgn menggunakan senjata yang dipanggil The Trebuchet Catapult, (ni la gambornye). ala, yang guna untuk baling batu cam dalam cite LOTR tuh.

Pas kitorang jalan2 n amek gambar kat runtuhan Urquhart castle tu, kitorang ade la tgk a short movie about the History of Urquhart Castle..die wat style movie-docu, tapi kejap je, about 10-15 mins..pastu ape lagi...balik la.bas pun dah tgu..kalu nak tau lagi ttg tmpat2 ni, better gi tgk website dia la. aku tulis ni pun ade silap info gak kot.huhu..k.Salam!!!!

Monday, 26 January 2009

One day in Inverness..

Salam!wah..hari jumaat, bersamaan 23 Jan 09.. aku n wife aku ke Inverness, north part of scotland..ni bole kate our first travel kat scotland la...hehe. actualy, my wife had a meeting at Raigmore Hospital, Inverness. i just use this chance, apply for two days holidays nak follow dia..haha, nyebok je aku ni pun..ye la, sape tak sayang bini weh, aku tak sampai hati tgk die gi sorang2, haha!

Our journey start from Queen streets train station, Glasgow. It tooks about 3 hours and 20 minutes from glasgow to inverness.

kat sebelah ni gambor aku amek time dalam train...subhanallah, indahnye ciptaan Allah...geram je aku tgk snow, rase cam nak terjun kuar tren je,huhu... tapi memeng scenery cantik sgt situ..

Sampai ke kat inverness town centre, Kitorang trus ke Raigmore hospital naik teksi...aku blur2 je, follow je la trip diorg ke hospital tu...

tibe2 aku terpikir,yang aku gi ikut diorang watpe. Aku bukan nye join pon meeting tuh, Hampeh!
dah la first time sampai sane...tgk2 kat situ bas takde pulak, so, dengan selambe nye aku trus jalan kaki balik ke Town..kalu nak tgu pun mau kematu gak coz meeting tu (lupe, seminar skali) stat dari 11 am till 5 pm...

i hv walked to the town for about 30-40 mins...and temperature at that time...3 degrees....sejuk oii!!!plus ujan lagi..campor lagi dgn bawak beg galas...chet, kalu hari2 mcm ni mau naik six packs aku!!!

akhitnye sampai gak aku kat town..

errr...nanti aku citer pasal kat town lak ek.ni baru mule2 sampai ni, ade lagi criter...hehe! okay, you can see some of the pictures aku mule2 sampai sane!

Before dat, have u heard about Loch Ness?Nessie?Water horse, legend of the deep?haha, i hv a story to share with you about dat, so wait for the next post! Salam!

Tuesday, 20 January 2009

lagi cerita di scotland..



Salam! berjumpe lagi kite, alhamdulillah, pas lunch ni ade tenage sket nak menaip, hehe..(dok umah sorg, lunch masak sendiri simple2 sudey). cuaca ai ni okay, tak ujan...tapi semalam snow dah turun..untuk org yang macam aku ni, baru je sampai kat perantauan, jadi jakun la jugak tgk snow ni..aaah,peduli ape aku org kate..jakun pun jakun lah,memang first time tgk,tol tak!hehe..ni la salah satu keindahan ciptaan tuhan yang takde di Malaysia..masya Allah..tapi kejap je snow nyer, belom sempat tebal,dah hujan.hehe.

yes, nak sambung sket ttg citer org scotland ni a.k.a scottish..macam mane nak knal org scottish? haa..ni den nak bgtau. diorang ni kalu bercakap suke telan hurf "T"..macamane tu? for example, dier nak sebut "better", bunyinye adik2!-"be'er"bunyi T hilang trus...hahaha!pelik kan. ye la,bayangkan lebih 10 thn belajo english kat mesia, sampai sini pun jadi cam sengal gak coz slang dia lain...serupe la mcm kat mesia pon, loghat macam2. ado hok kecek kelate tu bunyi laing sikik, yang cakap nogoghi tu lain bona bunyi eh! pronounsation scttish pun lain...so, kalu korg dtg scotland, jgn pelik ar, diorang still speak english.hehe....

And to all smaklian, especially yang kelas 2 othman thn 1999...just nk bgtau, ai tu ustaz erfino Johari ade datang umah aku(still remember him?hehe), kitorang buat makan2 sket. FYI die n famili ade kat London skrg, dia keje kat MSD (Malaysian Student Dept)..dkat 10 thn tak jumpe, akhirnye jumpe kat UK..keciknye dunia ni sebenarnye...tak sangka betul..and kalo korg nak tau..muke dia sampai sekarang same je cam dulu...awet mude tu,sbb bnyk bace quran kot, hehe. ni ade gambor kitorang!hehe..tapi aku geram dgn die...bukan2, dgn die punye Iphone!!arggghhh!!!!huhu...k la, zuhur dah masuk...time to pray...see ya! SALAM!

Monday, 19 January 2009

After 3 months in Scotland...


Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar,dah 3 bulan lebih aku kat sini, bersame2 dgn wife yang tersayang (hehe). aku pun dah mula biasekan diri dgn keadaan,cuaca kat sini..first time datang pun dah menggigil tu. At dat time, its about 14 degrees. tapi skang ni dah cecah 0 degree pun bole tahan dah, hehe.

dalam 3 bulan ni pun tak bnyk tempat kitorg dah lawat..awl lagi kot, coz my wife will grad on 2011 (between sept-nov,insyaallah)

ramai gak dah tanye kitorang dah ade anak ke? haha,tersedak gak la aku kat dpan lptop ni. tapi kalu dah 40 orang cakap, leh makbul tu, amiiinnnn...

aku masih lagi meneruskan kerjaya aku sebagai floor engineer kat sini (cleaner la tu)..hari2 ngadap mende same je. tapi dulu time mule2 keje prob juga nak faham slang scottish nih..serius time mule2 dulu jadi bengap jap..nak dengar die cakap, nak kasi paham.n nak reply balik ape die tny..they didnt use proper english (eleh,english aku pun terabor gak) and some of the words carry a different meaning.

for example, orang sini kalu nak cakap terima kasih,diorg akan cakap cheers!, n lagi satu kalu diorang nak ckp no problem, bunyi nye ne bother!..jenuh gak aku nak paham ape dia cakap. boleh kate awal2 keje dulu jadi bahan gelak gak aku ni,huhu...

bnyk bende aku belajar kat sini..especially culture kat sini. to tell you the truth, there are very polite people. even nak pau duit pun die mintak dgn sopan..like "sorry sir,can u do me a favor,......."pastu dia mintak la 50 pences ke,satu pounds ke. kalu kite tak bagi die tak kacu kite, siap mintak maap lagi...aku agak kagum la dari segi bab tu..hmm

myb bnyk lagi aku nak citer.tapi buat mase ni aku tulih sket2 dulu..nak biase kan diri jadi blogger ni,hehe..insyallah nanti aku smbg citer..kepada member2, i am waiting for your comments,or any suggestions yang anda sumer nak bg..sangat2 la dialu2 kan...and again,selamat dtg ke blog saya ni!!!!

Mula berjinak-jinak...

Assalamualaikum!!

wah, akhirnye aku dah ade blog sendiri..hhhmmmm..tu la,tgk org lain ramai dah ade blog n aku ni kire ketingalan zaman la jugak,huhu..banyak mende nak explore lagi ni.
insyaallah thru diz blog,kite leh share la ape2 yang patut!thanx to malik (one of my best pren) yang ngajo aku wat bende2 ni.
hehe